PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta terlepas daripada dikenakan hukuman Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) susulan komennya mengenai pegawai perlawanan selepas kekalahan kepada Newcastle United aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium St James' Park pada 4 November lalu.
Arteta sebelum ini didakwa menyifatkan keputusan untuk tidak menolak jaringan Anthony Gordon dalam kekalahan 0-1 Arsenal sebagai memalukan dan selepas gol itu kekal selepas tiga pemeriksaan video bantuan pengadil (VAR).
Susulan itu, satu siasatan dijalankan suruhanjaya bebas terhadap bekas pemain Everton dan Arsenal tersebut kerana didakwa melanggar Peraturan FA E3.1.
"Arteta didakwa atas salah laku tetapi Suruhanjaya Pengawalseliaan bebas mendapati pertuduhan itu tidak dibuktikan.
"Penggunaan kata-kata yang diserlahkan oleh Arteta tidak dilihat sama ada secara individu atau keseluruhannya, melanggar Peraturan FA E3.
“Kata-kata yang diketengahkan tidak menghina pegawai perlawanan (atau pegawai perlawanan Liga Perdana secara amnya).
"Tiada apa-apa yang dikatakan Mikel Arteta dalam mana-mana temu bual yang membayangkan ketidakcekapan di pihak mereka, sama ada berkaitan dengan gol atau lebih umum tidak membawa permainan ke dalam reputasi (dan) tidak memudaratkan kepentingan terbaik permainan," kata suruhanjaya itu dalam keputusan bertulisnya.
Sebagai rekod, bekas pembantu Pep Guardiola di Manchester City itu sebelum ini terpaksa menjalani penggantungan semasa kekalahan Arsenal di Aston Villa hujung minggu lalu, selepas menerima tiga layangan kad musim ini.
Kelab London utara, yang berada di kedudukan kedua liga akan menanti kunjungan Brighton & Hove Albion pada di Stadium Emirates pada Ahad. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Dec 15 2023
Mikel Arteta. - Gambar fail AP
Bayi lelaki berusia seminggu ditemukan di kedai jual ayam
Seorang bayi lelaki berusia kira-kira seminggu ditemukan di sebuah kedai menjual ayam proses di Jabur Kubur, Jalan Air Putih, dekat sini awal pagi tadi.
KPKT salur RM83.66 juta bagi 17 projek di Melaka
Peruntukan bagi kategori bina baharu dan projek sambungan itu yang terbesar dalam sejarah negeri Melaka dengan nilai terbesar disalurkan untuk pembinaan baharu projek Program Rumah Mesra Rakyat (RMR).
Imigresen gagalkan sindiket penyeludupan manusia di ibu negara
Pasukan operasi diatur gerak ke premis itu dan bertembung dengan sebuah kenderaan Perodua Myvi yang dipandu oleh suspek di lot parkir.
AWANI Ringkas: Polis tahan dua lelaki cuba masuk Istana, rampas parang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Grand Theft Auto 6 akan tiba pada musim luruh 2025
Ini masih bukan tarikh muktamad kerana musim luruh tiba sekitar penghujung September hingga awal November. Sungguhpun begitu kita kini mempunyai sasaran bilakan GTA 6 akan dilancarkan. Seb
[TERKINI] Ahli Parlimen Bukit Gantang tidak akan jawab surat Bersatu
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menegaskan tidak akan menjawab surat arahan yang dihantar Bersatu.
Negara mempunyai pengalaman kendali pemahaman ekstremis
Justeru demi menangani isu ini dengan lebih baik pada masa mendatang, Felo Bersekutu, International Centre for Counter-Terrorism (ICCT) The Hague, Dr Ahmad El Muhammady berpandangan suatu sistem amaran perlu diwujudkan lebih awal.
Ahli silap mata David Copperfield dituduh beri dadah, perkosa 16 wanita
Tiga daripada mangsa mendakwa telah diberi dadah sebelum melakukan hubungan seks.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq jadi tumpuan
Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, di Taman Seri Mahkota Jaya, Gambang menjadi tumpuan orang ramai.
AWANI Ringkas: Faisal Halim akan jalani pembedahan keempat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Arteta tuntut aksi terbaik kalahkan Manchester United
Amaran keras Mikel Arteta buat anak buahnya, pamer aksi terbaik menentang Manchester United di Stadium Old Trafford, malam ini.
UCL: Bayern Munich pentas terbaik kebangkitan Arsenal, kata Rice
Declan Rice percaya pertembungan suku akhir UCL menentang Bayern Munich merupakan sebuah perlawanan yang sempurna buat Arsenal.
EPL: Arsenal perlu pamer karakter sebenar - Arteta
Arteta berkata, para pemain perlu bangkit mempamerkan karakter sebenar kerana perjuangan mereka masih belum berakhir.
'Kami sentiasa derita menentang Brentford' - Jurulatih Arsenal
Arsenal yang memenangi tujuh aksi liga berturut-turut, perlu mengekalkan momentum dan bukannya fokus keputusan saingan kejuaraan.
Rio Ferdinand anggap Arteta sesuai bimbing MU
Menurut Ferdinand, tawaran untuk melatih The Red Devils sesuatu yang sukar untuk ditolak Arteta.
Arsenal bina momentum untuk bergelar juara - Mikel Arteta
Pengendali The Gunners, Mikel Arteta percaya Arsenal mula memperoleh momentum dalam perebutan takhta liga.
Persembahan terburuk Arsenal - Arteta
Arsenal kini hanya memenangi satu daripada lima perlawanan liga terakhir mereka dan ketinggalan dua mata di belakang Liverpool.
Arteta terlepas hukuman
Arteta sebelum ini didakwa menyifatkan keputusan untuk tidak menolak jaringan Anthony Gordon dalam kekalahan 0-1 Arsenal sebagai memalukan.
EPL: Aksi goyah Aaron Ramsdale cemaskan Arsenal
Mikel Arteta mempertahankan Aaron Ramsdale selepas persembahan penuh kesilapan penjaga gol Arsenal itu dalam kemenangan 1-0 di Brentford.
Arteta terlajak kata...
FA berkata, pengendali kelahiran Sepanyol itu berdepan tindakan apabila didakwa melanggar Peraturan Persatuan Bola Sepak Inggeris E3.1.